Husam Musa tanya ”siapa sebenarnya tidak berapa sihat?” Sesekali saya teringat kisah perjalanan ke Kelantan sama ada untuk bercuti ataupun kerja luar, memangnya masyarakat Kelantan sedang sakit.Penyakitnya amat banyak sekali. Kalau kita dengar cerita atau tanya ramai anak muda Kelantan yang merunsingkan mereka ialah tidak ada pekerjaan. Apa hubungannya tiada pekerjaan dengan kesihatan. Itu pun takkan Husam tak dapat bayangkan. Kalau tidak dapat jawab,berhentilah jadi Yang Berhormat. Pakailah label, Yang Tak Dihormati.
Husam mungkin malu nak mengaku, berapa ramai anak muda Kelantan dihidapi AIDS dan ramai di antaranya telah meninggal. Mungkin dia akan kata, negeri lain pun ramai juga pengidapnya.
Tapi negeri lain tidak pernah mengaku serambi Mekah. Maknanya yang selalu mendabik dada sebagai ”paling beragama” yang menjadi penanda aras kerna AIDS itu berpunca daripada amalan kehidupan yang kurang sihat.
Aids ada hubungan dengan perkongsian jarum oleh penagih dan hubungan seks bebas. Kelantan dekat dengan syurga lelaki gatal yang tak pernah cukup dengan seorang isteri di rumah.
Dadah senang dapat, kalau disekat melalui jalan darat, boleh diterobos ikut jalan laut. Siapa nak sekat dari Tatbai ke Tumpat meredah Sungai Golok dan Laut China Selatan. Kenapa mangsanya ramai anak muda pesisir pantai yang bekerja sebagai nelayan?
Mungkin Husam lupa, tapi saya cuba ingatkan. Remaja di Kelantan pernah melakukan hubungan seks dengan binatang (kambing). Tidakkah boleh dianggap remaja tersebut sakit? Kalau tak sakit takkanlah dia buat itu.
Husam mungkin pejamkan mata dan pekakkan telinga apabila Tok Guru kata PAS boleh berkawan dengan setan. Di mana fatwa sahih yang diambil oleh Tok Guru sedangkan kita diajarkan supaya melawan dan menjauhi setan. Tapi Tok Guru nak berkawan.
Maka tak heranlah Tok Guru samakan ahli UMNO dengan orang utan. Maka jawablah Khairy, orang PAS sama dengan monyet. Kenapa orang PAS marah bila pelabelan itu dikembalikan kepada PAS.?
PAS juga mungkin terlupa, Tok Guru kata Tuhan pernah mencaci dan memaki hamun. Sampai sekarang Tok Guru tak buktikan keceluparan itu. Kenapa? Hai Husam, tak payahlah main sorok-sorok atau lempar batu sembunyi tangan. Sejarah mengajar kita, dan sejarah memerihalkan segala-galanya yang pernah berlaku dan dilakukan oleh kita. Baik atau buruk, kitalah pelakonnya.
Husam janganlah terlalu kusut dan masam. Terimalah kerana budaya kita banyak menggunakan binatang sebagai perumpamaan, alegori atau personifikasi bagi menggambarkan sesuatu perlakuan. Mungkin Husam lupa apabila nenek kita mengibaratkan orang yang disisih sebagai ”anjing kurap”.
Mungkin Husam ingin melenyapkan ungkapan rakyat Kelantan sebagai kata-kata sapaan apabila nak menggambarkan perangai dungu : Beruk Mat Yeh. Lupakah?
Kelantan memangnya perlu dirawat. Kita sedia maklumat diagnosis berikut perlu dilakukan jika inginkan rakyat Kelantan sihat dan sejahtera:
Pertama: Rawatlah bekalan air. Air merupakan keperluan asas yang tidak boleh diketepikan kerana tanpa air bersih kesihatan terjejas. Tanpa air bersih, rakyat Kelantan akan diserang cirit birit.
Kedua: Rawatlah perangai orang Kelantan yang suka ”cah keting”. Dengki bila lihat orang lain di atas, sanggup ”kocak jula” biar jatuh ”bedebuk”.
Ketiga: Rawatlah kaedah berfikir masyarakat Kelantan yang terlalu taksub dan kini masih percaya ’sokong PAS akan masuk syurga” Benarkah syurga itu diciptakan oleh penyokong PAS dan bukannya untuk mereka yang sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan amal soleh? Bukankah syurga itu untuk ”orang-orang yang beriman”.
Keempat: Tok Guru memang sakit. Berilah peluang Tok Guru beristirehat dan janganlah paksa Tok Guru tercungap-cungap mempromosikan PAS yang semakin tenat. Janganlah bebankan Tok Guru dengan usaha mencari sumber kewangan bagi mentadbir negeri yang semakin kekeringan kantongnya.
Kelima: Rawatlah kaedah pembangunan ekonomi negeri apabila mempromosikan tanaman depu. Memangnya rison dep mahal harganya. Tapi tak payah tipu rakyat, berapa lama perlu tunggu pokok depu untuk menghasilkan rison yang mahal itu. Untuk dapatkan hasil, pokok yang berusia lapan tahun kena suntik.
Satu suntikan berharga RM 7,000. Kalau tak jadi, hormon tersebut perlu disuntik lagi. Jawabnya, sekilogram harganya RM 8,000. Tiga empat pokok baru dapat sekilogram rison. Berbaloikah? Boleh tipu rakyat, tapi tak leh nak ghoyat bila oghe tanya banyak.
Keenam: nasihatlah anak-anak muda Kelantan yang berada di luar untuk belajar ataupun mencari pekerjaan. Berapa ramai ”mek-mek” kena tangkap kerana mencari duit lebih sebagai GRO.
Berapa ramai ”awe-awe” jadi penipu kerana ghairah mencari duit belanja. Memangnya, ada juga bukan oghe Kelantan yang terlibat. Tapi mereka bukanlah anak-anak yang dilahirkan oleh Serambi Mekah.
Ketujuh: Bak po demo kecek bendo tak molek. Oghe kelate molek-molek belako, tapi demo tak gheti gheti kalu oghe ghoyat tak se dengar. Itulah perangai yang perlu dirawat. Sesungguhnya sesuatu yang baik itu ada di mana-mana dan dilakukan oleh semua orang sama ada UMNO atau PAS.
Yang penting ialah mengambil yang baik dan yang buruk jadikan sempadan. Demo dak, oghe lain semua tak molek. Jangan lupa kisah Hang Nadim, budak pintar yang berjaya menyelamatkan Singapura dari dilanggar todak.
Inilah yang sakit. Inilah yang perlu dirawat. Banyak sangat gelewetnya pemikiran oghe kelantan, yang sentiasa diasak dan dipropagandakan oleh PAS atas nama Islam. Bandar Raya Islam, tapi haprak. Sampah, kotor, busuk, berdebu,tak payah sembunyikan di sebalik menutup aurat tapi hati tak bersih. Rawatlah hati, biar tidak menderita dan terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan.
21 Februari 2008.
2 comments:
PAS boleh berkawan dengan setan, oh........ bagus, dunia ini bebas.. This is a freedom of world under the act of freedom of association.......... cara menghalakan matlamat...... bye bye Islamic state.........
siapa sakit? bila sakit, pi jumpa doktor........ Dr mahathir
Post a Comment