Saturday, February 23, 2008

NEGARA BERKEBAJIKAN ATAU BAJINGAN ?

Dalam banyak-banyak mabuk, mabuk perasaanlah yang paling sukar untuk diubati. banyak doktor akui bahawa emosilah yang akan menentukan sikap dan tindakan kita. maka emosilah yang menentukan PAS untuk terus berkuasa mengekalkan Kelantan dan menawan beberapa negeri lain dengan tipu helah atau kelentongnya.

Terbaru kelentong negara berkebajikan. dengar sedap, sesekali terasa bagaikan menjual burung terbang. belum pun dapat tangkap, baru pasang jerat dah ada pembeli yang kempunan.

PAS parang jerat, jika memerintah akan dibentuklah Negara berkebajikan. Wah,wah selama 18 tahun dok khobek kelate tak ada pun kebjikan yang dibuat. Yang banyaknya maki hamun dan menagih wang oreang ramai. Pantang ada ceramah, tadah kopiah atau kopi milo jaja minta sumbangan.


Wak ghi mane duit wahai Tok Guru (Nik Aziz), Tok Haji (Hadi Awang), Tok Putar-putar (Mustapha Ali), Tok Nebeng (Husam), Tok Karut (Mat Sabun, eh,eh silap Mat Sabu le?), Mok Chai (Dr. Lo’Lo’, pakar buat lolok), tidak pernah isytihar. Kalau duit yang didermakan tak tahu nak kira dan beritahu berapa yang dapat, bagaimana nak buat kebajikan. Ya le, kebajikan puak-puak dia aje, ada-ada aje alasannya.

Tok Haji setiap hari Jumaat berceramah, mengajar dan sebagainya. Bagus lah, kita tumpang dengar dan belajar. Dah bertahun kita tengok, cakap Tok Haji memang kelas, tapi sayangnya Tok Haji tak buat apa yang Tok Haji ajar. Tok Haji dah berapa tahun tak siap masjid kat Rusila. Nak kata duit tak ada, setiap kali Tok Haji mengajar orang derma. Masjid tak siap juga. Ko Tok Haji buat belanja bini muda yang cun melecun, kerana Tok Haji tak ada kerja lain. Nak kekah duit derma.

Serupa dengan sifat sabun. Bahan pencuci yang sentiasa di beli oleh surirumah untuk membasuh. Itu dia perangan Mat Sabu, dia cakap seperti sabun. Dia cuci semua apa yang orang lain cakap, walaupun cakap orang lain itu bersih, segar dan harum semerbak beribu-ribu limau. Dia tetap kata limau itu baunya busuk, kerana kalau wangi sabunnya tak laku. Kesian, dia; kesian dia. Tak payah le, sabunkan norma seorang cukup le? Tak payah sabunkan orang lain lagi, orang lain pun tahu jaga kebersihan.

Nak buat kebajikan. Nak tubuh negara kebajikan. Kebajikan anak buah pun tak tahu nak jaga. Kerana itulah abang sendiri pun tak percaya lagi wahai Tok Putar-putar. Kalaulah banyak duit, belilah tanah banyak-banyak buat bangunan tinggi-tinggi kemudian bagi le sewa mahal-mahal atas alasan kebajikan kononnya, kebajikan poket sendiri.

Huh, berapa sewa deretan rumah kedai yang Mydin Supermarket sewa kat Kuala Ibai...........Patut buat le sekolah agama ke, buat le rumah anak-anak yatim ke, buat le rumah orang-orang tua dan bakal nyanyuk, sediakanlah rumah untuk ibu tunggal kerana kat terengganu ramai dok oh.

Tak payah tipu, orang ramai tahu apa yang PAS buat semasa perintah Terengganu. Bukan orang tak tahu, Tok Guru kuat tidur dalam Dewan Undangan Negeri pun tidur sampai tak sedang meleleh air liur. basi. Apa Tok Haji buat dengan penduduk pesisir pantai yang hanya menunggu tsunami. Rumah mereka berhampiran Rhu Rendang tempat Tok Haji hari Jumaat mengajar semakin uzur. Patutnya Tok Haji baiki rumah mereka. Tunjukkan teladan, barulah orang lain percaya dan yakin Tok Haji buat apa yang Tok Haji katakan.

Tok Haji banyak pelawak. Pelawak yang bergaya buat masa ini ialah Tok Haji sendiri. Kerajaan adil, tapi galakkan perhimpunan jalanan. Itu kerja Tok Haji dih. Kalau Tok Haji adil, tok Haji bahagi-bahagikanlah duit sumbangan dalam kopiah yang juak-juak Tok Haji tadah setiap kali berceramah. Bagi le, jange dok makang sorang. Jange le dok kata nak bina masjid. Masjid tak pernah siap, dengar-dengar ada seorang lagi Tok Haji mengintai nak buat bini.

Mana betul, Tok Haji nak buat, Tok Nebeng akui tidak dapat buat kerana PAS hanya bertanding 65 kerusi parlimen. Ada 222, kalau menang semuanya, Tok Haji tak boleh buat apa lagi. Bila tidak cukup kuasa, Tok Haji buat helah lagi seperti pernah kata dulu nak buat Hukum Hudud. Mana dia, hukum dut-dut (silap le, hukum kutip duit duit) ada le. Duit Kusza masuk akaun negeri. Duit Tati masuk akaun negeri. Ada ”penyamun” sepatutnya para pelajar yang dapat.

Berapa banyak Tok Haji kikis duit TDM melalui jalan sulit. TDM plantation, kenapa sepanjang Tok Haji pegang negeri Terengganu setiap percetakan bahan promosi negeri tak diberikan kepada Percetakan Yayasan Terengganu. Puak-puak Tok Haji hantar ke Kuala Lumpur, cetak di Cheras, Pudu ataupun Brickfield. Percetakan milik kerajaan negeri yang Tok Haji jadi ketua kerugian dan tidak ada pendapatan. Kerana suku sakat Tok Haji tak dapat imbuhan atau apa pun. Masuk akaun syarikat, bukan akaun lain, atau poket (siapa?).

Kalau kambing tengok pun kambing malu dengan perangai puak-puak Tok Haji. Berak besar sangat, tapi baunya semerbak sampai ke Bangkok. Puak-puak Tok Haji pergi Bangkok cari pompuan siam bila poket gemuk sikit bersama percetakan milik bukan bumiputera yang diberikan projek. Tak sah kata kat orang lain, kalau bau sendiri pun busuk dan .....berangan-angan negara kebajikan. Buat kebajikan, bagus le. Tapi jangan sampai gaji bajingan.

4 comments:

  1. hei, freelittlebrain, are u sure that the slogan warfare state portrays is not practical?

    ReplyDelete
  2. hei, freelittlebrain, are u sure that the slogan warfare state portrays is not practical?

    ReplyDelete
  3. hei, freelittlebrain, are u sure that the slogan warfare state portrays is not practical?

    ReplyDelete
  4. alangkah baik tak perlu kerja pun dapat duit...... kebajikankan....
    cukai pendapatan perlu bayar tak?

    ReplyDelete