Monday, June 25, 2012

Pokok Bahaya di kawasan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri

Bahagian Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Penilaian Pokok Bahaya di kawasan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri peringkat Zon Timur mulai 22 hingga 24 Mei 2012 yang lalu bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Jerteh.

                                       Peserta Bengkel
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh kira-kira seramai 18 orang kakitangan beruniform yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kawasan hutan lipur dan hutan taman negeri khususnya daripada negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pemahaman kepada kakitangan Jabatan berhubung dengan kaedah pengisian borang penilaian pokok bahaya serta kemasukan data dengan menggunakan perisian komputer. 
 
                                  Bengkel berlangsung
Hasil daripada kemasukan data tersebut, peserta akan mengetahui dengan segera status satu-satu pokok yang dinilai itu sama ada berstatus Bahaya (kod bewarna Merah), berstatus Pemerhatian (kod bewarna Kuning) atau berstatus Baik (kod bewarna Hijau).
   
        
            Pratikal 1                                                                 Pratikal 2

Selain daripada itu, bengkel ini secara tidak langsung akan memberikan kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan pokok bahaya khususnya mengenai aspek keselamatan pengunjung dan harta benda di kawasan hutan lipur dan hutan taman negeri.





                       
   Meninjau kawasan                                                          Q N A

 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri, Tuan Haji Samsudin bin Salleh.

No comments:

Post a Comment