Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman berkata, kerjaya lulusan Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan tidaklah hanya tertumpu kepada Jabatan Perhutanan semata-mata malah telah diperluas kepada bidang-bidang dan lain seperti, eko-pelancongan, landskap, kompleks perkayuan, dan industri berasas keluaran hutan dan dan juga agensi lain seperti PERHILITAN.
Dato' Prof. Dr. Hj Abdul Rahman
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2010-2012 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, JPSM, Kepong hari ini.
Katanya, beberapa orang lepasan daripada FORTRAIN telah pun membina kerjaya masing-masing di beberapa agensi kerajaan dan swasta. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat JPSM untuk terus meningkatkan mutu kemahiran dan ilmu pengetahuan setiap pelatihnya bagi memenuhi juga pelbagai kehendak agensi-agensi lain, terutamanya yang berkepentingan dengan pembangunan sektor perhutanan negara.
Menurut beliau, di FORTRAIN, semua pelatih-pelatih berkesempatan didedahkan kepada kandungan kursus perhutanan yang digubal selaras dengan Wawasan dan Misi JPSM iaitu untuk mencapai tahap kemahiran mengurus dan membangunkan khazanah hutan secara berkekalan yang tinggi serta membantu mengoptimumkan sumbangan khazanah hutan kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara Malaysia.
Dato' Dr. Mod Ali menandatangani buku pelawat
Menurut Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman, pendedahan sebegini rupa adalah diharapkan dapat melahirkan pelatih-pelatih RH dan PH yang berilmu dan berkemahiran tinggi serta sekaligus beupaya memantapkan lagi usaha-usaha JPSM untuk mencapai lapan (8) objektif-objektif berikut : -
(i) untuk mengurus sumber hutan negara secara berkekalan bagi
pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara
optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar;
(ii)
untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan
perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan
meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan;
(iii) untuk terus membangunkan teknologi mantap yang
bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan
penggunaan sumber hutan;
(iv) untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian biologi
hutan, air serta tanah, dan penggunaannya secara berkekalan;
(v) untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang
pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti
hiliran dengan nilai tambah yang tinggi;
(vi) untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi
menyokong sektor perhutanan;
(vii)
untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan
terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran
maklumat; dan
(viii) untuk meningkatkan
sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan
peluang-peluang pekerjaan.
Upacara menanam pokok oleh Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman
"Di
sepanjang tempoh pengajian di FORTRAIN, semua pelatih-pelatih juga diberi
pendedahan kepada kepentingan penekanan ilmu perhutanan yang mencakupi konsep
pengurusan ”Kepelbagaigunaan Hutan (Multiple uses of Forest) di bawah
perlaksanaan amalan SFM.”
”Dalam
hal ini, sumber hutan dikelaskan kepada
12 ”Kelas Kegunaan Hutan (Forest Functional Classes)”, sepertimana Seksyen 10(1) Akta Perhutanan
Negara 1984, ia itu hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan; hutan
perlindungan tanah; hutan tebus-guna tanah; hutan kawalan banjir; hutan tadahan
air; hutan perlindungan hidupan liar; hutan simpanan hutan dara; hutan lipur;
hutan pelajaran; hutan penyelidikan; hutan bagi maksud-maksud persekutuan dan
hutan taman negeri.”
Gambar bersama pelatih yang tamat kursus
Beliau
berkasta, FORTRAIN merupakan satu-satunya Pusat Latihan Perhutanan di
Semenanjung Malaysia yang menawarkan Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan
Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.
Kedua-dua Kursus Sijil Perhutanan ini juga telah
diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia pada 21
April 2003 yang mana telah mengiktiraf Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas
Hutan bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awambagi mengisi
jawatan-jawatan kosong Renjer Hutan dan Pengawas Hutan di Jabatan-Jabatan
Perhutanan Negeri dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.
”Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan melibatkan 2 tahun (4
semester) dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan melibatkan 1 tahun (2
semester). Kriteria pemilihan adalah termasuk juga calon yang sedang berkhidmat
dan mempunyai kelayakan berkenaan.”
Upacara melepaskan ikan
”Bagaimanapun,
bagi pengambilan terus ianya melibatkan calon-calon berkelulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR). Lain-lain
kriteria adalah seperti calon-calon mempunyai kepakaran tertentu adalah bonus
kepada sesuatu permohonan.”
Menurut
beliau, untuk melengkapkan kecemerlangan FORTRAIN sebagai Pusat Latihan ini,
pada masa kini, Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pegawas
Hutan yang dikeluarkan oleh FORTRAIN telah mendapat pengiktirafan daripada Lembaga
Akreditasi Negara (LAN).
Pencapaian yang memberangsangkan ini telah membolehkan
seramai lima (5) orang lepasan Sijil Perhutanan Renjer Hutan yang akan menerima
sijil pada hari ini telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat
Diploma Perhutanan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebelum ini juga
beberapa pelatih lepasan dari FORTRAIN telah melanjutkan pelajaran ke peringkat
ijazah dan sehingga kini memegang jawatan tinggi di Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia.
”Sehingga
kini, sambutan permohonan kemasukan
untuk mengikuti kursus sijil di FORTRAIN adalah amat sengit. Pada tahun ini
sahaja, sebanyak 1,150 permohonan yang
memenuhi syarat-syarat kelayakan telah diterima. Namun begitu hanya 10 peratus
daripada permohonan ini sahaja dipilih berdasarkan kapasiti keupayan semasa
FOTRAIN. Ini menunjukkan bahawa sambutan untuk mengikuti kursus Sijil
Perhutanan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan sangat menggalakkan.”
”Sehubungan
dengan itu, JPSM berhasrat untuk meningkatkan bilangan kemasukan ke FORTRAIN
pada masa akan datang sekurang-kurangnya ke tahap sekali ganda iaitu seramai
240 orang pelatih berbanding dengan bilangan kemasukan sekarang.”
”Perkara
ini akan dipanjangkan untuk mendapat pertimbangan pihak Kerajaan dalam membantu
menyalurkan peruntukan untuk membina prasarana tambahan dan meningkatkan jumlah
bilangan tenaga pengajar yang lebih berkaliber agar memenuhi keperluan semasa
seiring dengan pelbagai perkembangan baru isu-isu perhutanan serta peningkatan
kehendak terhadap kepentingan pengurusan dan pembangunan khazanah hutan kepada
kesejahteraan kehidupan masyarakat.”
Beliau
berkata, tenaga pengajar di FORTRAIN sehingga kini adalah terdiri dari
mereka-mereka yang berkaliber serta terlatih dalam bidang perhutanan seperti
Dendrologi, Anatomi Kayu, Pengusahasilan Hutan, Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
dan bukan bidang perhutanan seperti Pengurusan Maklumat, Penulisan Laporan,
Ikhtiar Hidup dan Kemahiran Kendiri.
”Natijahnya
ialah lepasan dari FORTRAIN bukan sahaja terlatih sebagai Rimbawan semata-mata
tetapi seorang yang berintegriti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan
memiliki nilai-nilai murni. Ini lah
persiapan-persiapan penting yang telah didedahkan oleh FORTRAIN kepada semua
pelatih-pelatih kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan
Pengawas Hutan.”
2 comments:
Lepasan sijil pengawas perhutanan ada tak ditawarkan melanjutkan ke diploma ?
off white
supreme
goyard
air jordan 1
jordan outlet
hermes birkin
golden goose sneakers
curry shoes
yeezy shoes
supreme shirt
Post a Comment