Dato
Sri Douglas Uggah
Embas, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia menyatakan pemeliharaan dan pengurusan
hutan penting bagi menangani isu-isu global antaranya perubahan iklim, kebakaran hutan, pencemaran udara
dan sungai sering kali dikaitkan dengan hutan.
Ini menunjukkan bahawa bidang perhutanan
memainkan peranan yang penting bukan sahaja dari aspek kepentingan ekonomi,
malah turut menjadi nadi kepada kehidupan sosial masyarakat dan kepentingan kepada
alam sekitar.
Teks ucapannya dibacakan oleh Dato' Dr. Mohd Ali B. Mohamad Nor,Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) seperti berikut:
Dato’ Prof. Dr. Hj.
Abudul Rahman dan Dato' Dr. Mohd Ali (dari kiri)
Terlebih dahulu saya
ingin menyampaikan salam dan terima kasih daripada YB Dato Sri Douglas Uggah
Embas, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar kepada pihak penganjur di atas
kesudian mengundang beliau di “Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi
2010-2012 Dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012”. Yang Berhormat
Menteri tidak dapat bersama-sama kita pada pagi ini atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan. Untuk itu, izinkan saya menyampaikan ucapan bagi pihak Yang
Berhormat Menteri.
Dato' Dr. Mohd. Ali memeriksa barisan Renjer
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di atas kesudian mengundang saya untuk hadir
di majlis ini dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada lepasan Sijil
Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2010-2012,
dan lepasan Sijil Perhutanan Pengawas
Hutan Sesi 2011-2012 serta melancarkan buku Dasar Latihan Sumber Manusia
JPSM.
Memberi tabik hormat kepada Dato' Dr. Mohd Ali
Ucapan
syabas dan tahniah kepada semua pelatih yang telah berjaya menamatkan kursus-kursus
ini. Saya juga ingin mengalu-alukan ahli-ahli keluarga para pelatih pada pagi ini
kerana kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan begitu bermakna bagi semua pelatih
yang akan menerima sijil sebentar lagi.
Gambar pelatih yang tamat kursus
Cabaran
utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampu mentransformasikan
minda yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi bagi lepasan sijil perhutanan
agar selari dengan hala tuju dasar negara. Perubahan minda yang ingin diterapkan
sewajarnya menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan
nilai tambah dalam tugasan dan berkeupayaan menyediakan lepasan sijil yang mampu
membudayakan nilai-nilai murni perkhidmatan awam amnya dan di Jabatan-jabatan Perhutanan
khasnya.
Upacara menanam pokok
Saya
juga difahamkan bahawa para pelatih telah dididik untuk melaksanakan pelbagai kerja
dalam satu masa (multi-tasking), selain
menyemai sikap bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar bodiversiti hutan. Proses
latihan yang dikendalikan oleh JPSM ini bukan sekadar untuk mendapat kelulusan tetapi
bertujuan untuk mempersiapkan para pelatih sekalian agar sentiasa berilmu,
berkemahiran, berintegriti dan berwawasan dalam apa jua bidang pekerjaan yang
bakal diceburi di luar kelak.
Upacara melepas ikan oleh Dato' Dr. Mohd Ali
Hadirin yang saya hormati sekalian, dewasa
kini, isu-isu perhutanan dan alam sekitar menjadi tumpuan di media masa dan di
forum-forum peringkat nasional dan antarabangsa. Isu-isu seperti perubahan iklim,
kebakaran hutan, pencemaran udara dan sungai sering kali dikaitkan dengan hutan.
Ini menunjukkan bahawa bidang perhutanan memainkan peranan yang penting bukan sahaja
dari aspek kepentingan ekonomi, malah turut menjadi nadi kepada kehidupan sosial
masyarakat dan kepentingan kepada alam sekitar. Tanggapan sesetengah pihak bahawa
perhutanan adalah berkaitan dengan pengusahasilan kayu sahaja adalah tidak tepat
kerana ianya menjangkaui lebih daripada itu. Cabaran-cabaran baru serta desakan
globalisasi kini menuntut kita untuk menguasai ilmu- ilmu pengetahuan baru yang
berkonsepkan “look beyond the tree”.
Melepaskan ikan oleh Dato' Dr. Mohd Ali dan Dato’ Prof. Dr. Hj.
Abudul Rahman
Pemeliharaan
dan pengurusan hutan penting bagi menangani isu-isu global ini. Usaha ini memerlukan
kita memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah Negara dilitupi hutan dan pokok-pokok seperti komitmen Malaysia yang dinyatakan semasa
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 dan komitmen untuk mengurangkan
intensiti karbon sehingga 40% menjelang tahun 2020 semasa Persidangan Bangsa-Bangsa
Bersatu Mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen pada tahun 2010.
Untuk
menangani isu ini, Kementerian melalui jabatan
perhutanan telah mengambil beberapa langkah, antaranya Kempen Menanam 26
Juta Pokok. Dalam hal ini, jabatan perhutanan perlu bersikap proaktif dan bersedia
dengan tindakan-tindakan pre-emptive bagi menjayakan program-program bagi memastikan
komitmen negara ini terpelihara.
Bermesra dengan Pegawai
Selain
itu, pembangunan ekonomi negara juga tidak seharusnya terlalu bergantung kepada
hasil pengeluaran dari hutan asli. Jabatan perhutanan perlu mencari inisiatif untuk
meneroka peluang-peluang baru bagi menjana pertumbuhan ekonomi daripada sumber-sumber
hutan yang lain seperti tumbuh-tumbuhan ubatan dan herba dan ekopelancongan. Penjanaan sumber kekayaan baru dari hutan melalui
pendekatan yang lebih mesra alam akan memberi perlindungan berganda kepada
usaha-usaha melindungi biodiversiti negara.
Penyampaian sijil oleh Dato' Dr. Mohd Ali
Hadirin yang saya hormati sekalian, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sentiasa mengambil berat dan menyokong usaha-usaha
jabatan agensi di bawahnya dalam melaksanakan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan
termasuklah pembangunan sumber manusia dan modal insan. Saya difahamkan bahawa JPSM
melalui Program Kerjasama ASEAN-Republik Korea telah menyedia dan menambahbaik dasar
latihan sumber manusia, kurikulum latihan dan latihan bermatriks yang
komprehensif merangkumi semua peringkat selaras dengan arahan Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia. Semoga dasar latihan yang disediakan ini dapat memantap dan meningkatkan
kepakaran dan kompetensi di kalangan warga jabatan.
Di majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin menyeru setiap
pelatih agar tidak mensia-siakan ilmu pengetahuan, kebolehan dan bakat yang telah
diperolehi sepanjang tempoh berkursus di sini. Ilmu pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang ada perlulah diaplikasikan dengan rasa penuh tanggungjawab,
berdisiplin dan berdedikasi bagi menghasilkan perkhidmatan yang cekap, cepat dan
berkualiti tinggi.
Saya
suka menyarankan kepada semua pelatih supaya menanamkan sikap ingin terus maju,
seperti kata-kata Albert Einstein: “Intellectual growth should commence at
birth and cease only at death” atau dalam bahasa Malaysia pembelajaran bermula sejak
dari lahir sehingga mati. Oleh yang
demikian, amalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan terus berusaha untuk mencapai
kejayaan di masa hadapan. Ingatlah bahawa saudara-saudari sekalian menggalas peranan
penting dan merupakan barisan hadapan yang diamanahkan bagi memelihara dan menjaga
khazanah hutan negara yang amat tinggi nilainya.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi merakamkan
ucapan tahniah dan syabas kepada semua lulusan Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan
Pengawas Hutan yang Berjaya menamatkan Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi
2010-2012 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012.
Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih di atas undangan ke majlis yang bersejarah ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2010-2012, Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 dan pelancaran
buku Dasar Latihan Sumber Manusia JPSM. Sekian, terima kasih.
1 comment:
yeezy
paul george
palm angels
off white hoodie
curry shoes
off white jordan
Jordan Travis Scott
fear of god essentials hoodie
off white outlet
supreme hoodie
Post a Comment