Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong adalah merupakan satu-satunya Pusat Latihan
Perhutanan di Semenanjung Malaysia yang menawarkan Kursus Sijil Perhutanan
Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.
103 pelatih menerima sijil FORTTRAIN dan bergambar dengan
Dato' Dr.
Mohd Ali B. Mohamad Nor
Timbalan
Ketua Setiausaha (Sumber Asli)
Kedua-dua Kursus Sijil Perhutanan ini juga telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia
pada 21 April 2003 yang mana telah mengiktiraf Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan
Sijil Perhutanan Pengawas
Hutan bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam bagi mengisi jawatan-jawatan
kosong Renjer Hutan dan Pengawas Hutan di Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri dan
Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan melibatkan 2 tahun (4 semester) dan
Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan melibatkan 1 tahun (2 semester.) Kriteria pemilihan adalah termasuk juga calon
yang sedang berkhidmat dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(JPSM) serta mempunyai kelayakan.
Bagipengambilan terus ianya melibatkan calon-calon berkelulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR). Kriteria lain
antaranya calon-calon mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang perhutanan adalah
bonus kepada sesuatu permohonan bagi tujuan pertimbangan.
Matlamat kurusus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i. Untuk mencapai tahap kemahiran mengurus dan membangunkan
khazanah hutan secara berkekalan yang tinggi; dan
ii. Untuk membantu mengoptimumkan sumbangan khazanah hutan
terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara Malaysia.
Bilangan pelatih Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan yang telah berjaya menamatkan
pengajian di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong tahun ini adalah
seperti berikut:
i. Sijil Perhutanan Renjer Hutan : 25 orang
ii.
Sijil Perhutanan Pengawas Hutan : 78 orang
No comments:
Post a Comment