Penjelasan mengenai polisi atau dasar kerajaan tidak sepatutnya
dilakukan oleh Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha
Negara, kementerian atau agensi-agensi kerajaan - Prof. Dr. Ahmad Murad Merican
Pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas
(UTP).
KEGAGALAN
kerajaan memanfaatkan fungsi Jabatan Penerangan dalam menerangkan setiap dasar
yang telah dan akan dilaksanakan merupakan punca rakyat tidak faham serta
keliru.
Kerajaan
sepatutnya menggunakan seluruh jentera jabatan itu untuk menerangkan setiap
polisi secara jelas dan konsisten bagi mengelakkan kekeliruan mengenai
sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan.
Kegagalan
menggunakan sepenuhnya Jabatan Penerangan yang sewajarnya sudah mencapai
status pakar strategi komunikasi mengakibatkan segala penyampaian maklumat
antara kerajaan dan rakyat gagal.
Keadaan
diburukkan lagi apabila dasar-dasar itu dijadikan isu lalu dimanipulasi dan
dipolemikkan oleh pelbagai pihak.
Inilah
realiti yang berlaku apabila perubahan polisi kerajaan berhubung penurunan
subsidi yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak
difahami oleh rakyat.
Akibatnya
isu yang mudah terus berpanjangan kerana banyak isu yang material dan bukan
material tidak diperjelaskan dengan baik.
Pensyarah di
Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof.
Dr. Ahmad Murad Merican berkata, kelemahan kerajaan itu perlu diatasi
segera dengan mengembalikan semula peranan strategik komunikasi kepada Jabatan
Penerangan.
"Kemarahan
rakyat berhubung pelbagai isu sejak kebelakangan ini termasuk kenaikan harga
barangan dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana tidak memahami
polisi kerajaan secara menyeluruh.
"Apabila
isu tidak diselesaikan, ia menjadi krisis," katanya kepad MalaysiaGazette ketika diminta
mengulas mengenai pemahaman rakyat Malaysia mengenai polisi-polisi
kerajaan termasuk isu kenaikan harga barangan.
Tambah Ahmad
Murad, penjelasan mengenai polisi atau dasar kerajaan tidak sepatutnya
dilakukan oleh Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha
Negara, kementerian atau agensi-agensi kerajaan.
Sebaliknya,
tegas beliau, penerangan itu perlu dilakukan oleh satu unit khas seperti
Jabatan Penerangan.
Sambil memberi
contoh kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Ahmad Murad berkata, pada awal
kejadian situasi tidak jelas kerana terlalu banyak kenyataan dibuat tetapi
apabila krisis itu diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Polis Sabah,
kebimbangan rakyat reda.
"Keredaan
itu disebabkan rakyat sentiasa mendapat maklumat terkini daripada satu sumber
dan maklumat yang disampaikan jelas dan difahami," ujar beliau.
Berikutan
itu, beliau berkata, kerajaan perlu menghidupkan semula peranan Jabatan
Penerangan terutama membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
''Pengurusan
komunikasi kerajaan bukan urusan menteri kerana ia akan dilihat bias. Lagipun
kalau terlalu banyak sangat yang buka mulut, kenyataan-kenyataan akan
menjadi spekulasi.
"Inilah
yang berlaku di Malaysia sekarang akibat kesan pengurusan strategi komunikasi
yang tidak mantap," katanya. - Ainul Asniera Ahsan-MalaysiaGazette.
No comments:
Post a Comment