nuffnang

Saturday, August 4, 2007

Malaysia not a Secular or Theocratic state

Prime Minister Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi said, "We are not a secular state. We are also not a theocratic state like Iran and Pakistan which PAS wants us to be, but we are a government that is based on parliamentary democracy."

Read this Bernama's story, "Malaysia not a Secular or Theocratic State."
04 Ogos, 2007 BUKIT MERTAJAM (Bernama)-Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular mahupun teokrasi sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Beliau berkata kerajaan di negara ini mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang melambangkan komposisi penduduknya yang berbilang kaum dan agama."Kita bukan negara sekular. Kita juga bukan negara teokrasi seperti Iran dan Pakistan yang Pas mahukan tetapi kita sebuah kerajaan berasaskan demokrasi berparlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program bersama rakyat di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini. Beliau berkata kerajaan yang ada di negara ini sekarang merupakan sebuah kerajaan yang bertanggung jawab sama ada kepada rakyat mahupun negara dan ia diperintah bersama oleh pemimpin daripada semua kaum dan agama di bawah payung Barisan Nasional."Kita terdiri daripada agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan semua sama-sama bermuafakat, berbincang untuk menghasilkan dasar-dasar pembangunan negara," katanya. Perdana Menteri berkata formula yang diguna pakai itu telah terbukti mampu memacu kemajuan negara dalam tempoh 50 tahun lalu."Itulah negara kita yang maju dalam bentuk formula kita sendiri yang telahpun diuji dan teruji 50 tahun lamanya dan telahpun berjaya hari ini," katanya. Abdullah berkata beliau tidak nampak mengapa kerajaan seperti ini tidak dapat terus maju pada masa akan datang iaitu sehingga Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke-100 tahun kelak.

No comments:

Nuffnang