nuffnang

Tuesday, November 6, 2007

Cadangan bersifat rasialisme dan ekstrem

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah telah mencadangkan supaya kerajaan membawa masuk orang Jawa untuk menambah undi orang Melayu dilihat telah menimbulkan reaksi negatif. Isu ini telah mendapat liputan semua akhbar-akhbar Cina tempatan dan reaksi negatif antaranya:-

1. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tujuh Persatuan Utama Cina, Datuk Wu Teik Fong berkata, mengajukan cadangan membawa masuk orang Jawa ke Malaysia dianggap tidak munasabah kerana kemerdekaan negara diperjuangkan oleh tiga kaum utama. Menurut beliau,cadangan sedemikian menunjukkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah sendiri juga terdiri dari kelompok kaum asing. (SIN CHEW DAILY - Selasa,06/11/2007:CADANGAN BAWA MASUK ORANG JAWA TIDAK MUNASABAH ms 10)

2. Hua Zong mengkritik cadangan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah untuk membawa masuk orang Jawa bagi menambahkan bilangan kaum Melayu di Malaysia. Cadangan itu disifat sebagai ketinggalan zaman kerana membelahi sesetengah kaum sahaja. Cadangan itu bercanggah dengan konsep Perdana Menteri yang inginkan semua kaum di Malaysia dibangunkan bersama serta menikmati pembangunan dan kemakmuran negara. (NANYANG SIANG PAU - Selasa,06/11/2007:CADANGAN YANG BERAT SEBELAH- ms M.A11)

3. Timbalan Presiden Dong Zong, Tu Shou Han berkata, cadangan membawa masuk orang Jawa ke Malaysia tidak harus disamakan dengan langkah membawa masuk pekerja China dan India pada zaman penjajahan Inggeris, satu kenyataan yang dianggap 'tidak bertamadun'.

Menurut beliau, cadangan membawa masuk warga Jawa hanya mahu menambah nisbah kaum Melayu bukan saja tidak menghormati kaum lain, malah bakal mencetus kacau bilau di masyarakat. (SIN CHEW DAILY - Selasa,06/11/2007:BAWA MASUK ORANG JAWA BEZA DENGAN BAWA MASUK PEKERJA CHINA DAN INDIA, ms (M. 10)

4. Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai mengkritik kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah untuk membawa masuk orang Jawa bagi menambah bilangan kaum Melayu di negara ini. Menurut Liow kenyataan yang berunsur rasialisme itu tidak membawa makna kepada perpaduan dan keharmonian rakyat. (NANYANG SIANG PAU - Selasa,06/11/2007:LIOW TIONG LAI KRITIK KENYATAAN DATUK MOHAMAD NOOR ABDULLAH ms M.A11)

5. Setiausaha Agung MCA, Dr Wee Ka Seong menganggap bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah mencadangkan kerajaan membawa masuh orang Jawa bagi menambah nisbah kaum Melayu adalah dasar negatif, maka beliau membantah cadangan tersebut. (SIN CHEW DAILY - Selasa,06/11/2007:WEE KA SEONG BANTAH CADANGAN BAWA MASUK ORANG JAWA ms (M. 10)

6. Timbalan Setiausaha Agung ACCCIM, Datuk David Chua berkata, cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah untuk membawa masuk orang Jawa bagi menambah nisbah orang Melayu bercanggah dengan usaha kerajaan untuk mengeratkan perpaduan nasional. Katanya, mustahil rakyat Malaysia akan mengiktiraf rasialisme sedemikian, sudah tentu kerajaan tidak akan menerima cadangan itu. (SIN CHEW DAILY - Selasa,06/11/2007:CADANGAN BAWA MASUK ORANG JAWA LANGGAR USAHA ERATKAN PERPADUAN ms M. 10)

7. Ketua Biro Publisiti Pusat Gerakan, Chua Chong An berkata, ketika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengingatkan perwakilan UMNO supaya menghormati perasaan kaum lain dan tidak membuat kenyataan ekstrem, tetapi bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah telah mencadangkan supaya kerajaan membawa masuk orang Jawa untuk menambah undi orang Melayu yang bersifat rasialisme dan ekstrem. Menurut Chua, kenyataan Mohamad Noor Abdullah itu boleh dianggap mencabar seruan Perdana Menteri dan Timbalannya secara terbuka, malah juga menghalang keharmonian dan kemajuan berbilang kaum. (SIN CHEW DAILY - Selasa,06/11/2007:CADANGAN BEKAS HAKIM MAHKAMAH RAYUAN BERSIFAT RASIALISME ms M. 10)

8 Setiausaha Agung Pusat Penyelidikan Cina, Chen Sung Qing berkata, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor Abdullah berpendidikan tinggi, tidak harus mengajukan cadangan membawa masuk orang Jawa dan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat. Katanya, cadangan tersebut boleh dikatakan tidak masuk akal dan sekiranya tidak ditolak, sudah tentu akan membawa kesan negatif. (SIN CHEW DAILY - Selasa,06/11/2007:TIDAK HARUS BUAT KENYATAAN YANG CETUS RASA TIDAK SENANG ms M. 10)

9. Demi meningkatkan bilangan pengundi Malayu, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Noor telah mencadangkan negara ini membawa masuk orang Jawa bagi membangunkan sektor pertanian di Kuala Selangor. Cadangan beliau langsung tidak menghiraukan perasaan kaum bukan Melayu di negara ini dan juga daya saing negara pada masa jangka panjang. Negara asing daripada negara kecil seperti Singapura sehingga negara besar seperti Amerika Syarikat mementingkan kepakaran dan kebolehan apabila mengambil masuk warga asing dan bukan berdasarkan kaum. Ini bertujuan supaya kepakaran warga asing akan membawa manfaat kepada negara ini. Bilangan Orang Melayu telah melebihi separuh daripada jumlah penduduk Malaysia. Orang Melayu kini telah menguasai politik negara ini dan ketuanan politik Melayu tidak mudah dirampas oleh kaum lain. (ORIENTAL DAILY NEWS - Selasa,06/11/2007:TINDAKAN TERHADAP MEREKA YANG MELUAHKAN KENYATAAN MELAMPAU).

No comments:

Nuffnang