nuffnang

Thursday, July 12, 2012

Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan 2010-2012 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012


Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong adalah merupakan satu-satunya Pusat Latihan Perhutanan di Semenanjung Malaysia yang menawarkan Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.  
 
103 pelatih menerima sijil  FORTTRAIN dan bergambar dengan
Dato' Dr. Mohd Ali B. Mohamad Nor
Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli)
Kedua-dua Kursus Sijil Perhutanan ini juga telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia pada 21 April 2003 yang mana telah mengiktiraf Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam bagi mengisi jawatan-jawatan kosong Renjer Hutan dan Pengawas Hutan di Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan melibatkan 2 tahun (4 semester) dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan melibatkan 1 tahun (2 semester.)  Kriteria pemilihan adalah termasuk juga calon yang sedang  berkhidmat  dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta mempunyai kelayakan. 

Bagipengambilan terus ianya melibatkan calon-calon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan  Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).  Kriteria lain antaranya calon-calon mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang perhutanan adalah bonus kepada sesuatu permohonan bagi tujuan pertimbangan.

Matlamat kurusus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i.  Untuk mencapai tahap kemahiran mengurus dan membangunkan khazanah hutan secara berkekalan yang tinggi; dan
ii. Untuk membantu mengoptimumkan sumbangan khazanah hutan terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara Malaysia.

Bilangan pelatih Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong tahun ini adalah seperti berikut:

i.                  Sijil Perhutanan Renjer Hutan         : 25 orang
ii.                 Sijil Perhutanan Pengawas Hutan : 78 orang

No comments:

Nuffnang