nuffnang

Friday, December 9, 2011

Malaysia berupaya kekal 56.4 peratus tanah berhutan

Malaysia berupaya kekal 56.4 peratus tanah berhutan

05/12/2011 8:59pm

MELAKA 5 Dis. – Malaysia sehingga kini berupaya mengekalkan sejumlah 56.4 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai tanah berhutan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas.

Beliau berkata, peratusan itu merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan kerana banyak negara tidak berupaya berbuat demikian kerana kebanyakan hutan mereka telah dibuka untuk pembangunan infrastruktur yang berlebihan.

Kejayaan tersebut amat besar maknanya kerana Malaysia masih merupakan sebuah negara yang membangun di mana pembangunan dan pertukaran kegunaan tanah hutan kepada kegunaan lain sentiasa berlaku, katanya semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Tan Sri Panglima Joseph Kurup.

Douglas berkata, tanah berhutan sentiasa dijadikan bank tanah (land bank) untuk pelbagai projek pembangunan bagi membolehkan Malaysia terus maju.

Beliau berkata, cabaran penting dalam pengurusan hutan hari ini adalah mengimbangi persaingan dan pelbagai gunaan tanah untuk aktiviti perhutanan. – Bernama

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_33.htm

No comments:

Nuffnang